Thursday, April 12, 2007

Bahan anti-HIV Ditemui Dalam Tongkat Ali

UTUSAN MALAYSIA
12.04.07

KUALA LUMPUR 11 April – Bahan aktif daripada tongkat ali yang dibangunkan untuk penghasilan nutraseutikal dan fotofarmaseutikal boleh berfungsi sebagai antibarah, antimalaria dan anti-HIV.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Prof. Dr. Mohd. Rudin Ab. Ghani berkata, penemuan itu didapati hasil Program Penyelidikan Malaysia dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat dalam bidang bioteknologi.

“Bahan aktif daripada tongkat ali yang boleh dibangunkan untuk penghasilan nutraseutikal dan fotofarmaseutikal iaitu farmaseutikal yang berasaskan tumbuhan seperti afrodisiak, antibarah, antimalaria dan anti-HIV,” katanya ketika menjawab soalan Bernard S. Marat (BN-Pensiangan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Nutraseutikal ialah bahan yang biasanya dijual dalam bentuk ubatan dan dibuktikan mempunyai kesan fisiologi atau mencegah penyakit kronik.

Tambah beliau, khasiat yang ditemui terbahagi kepada dua subprogram iaitu Natural Product Discovery melibatkan tumbuhan ubatan Malaysia iaitu tongkat ali dan pegaga serta Oil Palm Biotechnology menggunakan minyak sawit.

“Program ini melibatkan kerjasama penyelidikan antara MIT dan institusi-institusi penyelidikan universiti di Malaysia bertujuan membangunkan landasan bagi industri bioteknologi lestari di negara ini,” katanya.

Di bawah program yang melibatkan tongkat ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia dan pegaga (Centella asiatica), beliau berkata, objektif utamanya ialah menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan nilai sumber yang terdapat di Malaysia.

“Kos subprogram tersebut hanya RM29.7 juta dan bukan RM48 juta seperti yang dibangkitkan Bernard,” ujarnya.

Katanya, melalui subprogram itu, tiga paten telah difailkan di Malaysia, Amerika Syarikat dan Jepun.

Sebuah syarikat bioteknologi tempatan kata beliau, berminat untuk melesenkan paten ini bagi menghasilkan produk berasaskan tongkat ali.

Tuesday, March 13, 2007

Ada iklan pelangsing di TV tanpa kelulusan

UTUSAN MALAYSIA
12.03.2007

MUAR 11 Mac – Ada stesen-stesen televisyen didapati masih menyiarkan iklan produk pelangsing badan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat-ubatan Kementerian Kesihatan, sebagaimana diwajibkan ke atas semua media cetak dan elektronik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, ini berlaku disebabkan kelemahan penguatkuasaan terhadap peraturan itu.

“Kita selalu minta stesen televisyen supaya merujuk kepada Lembaga Iklan Ubat- ubatan Kementerian Kesihatan sebelum menyiarkan iklan berkaitan dengan ubat- ubat termasuk pil pelangsing badan. Malangnya, sebahagian daripada stesen televisyen itu tidak melakukannya,” katanya selepas menghadiri majlis jamuan makan malam anjuran MCA bahagian Ledang di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aduan ada antara wanita yang mengalami masalah buah pinggang selepas mengambil pelangsing badan untuk mengurangkan berat badan.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa tidak ada cara mudah untuk mengurangkan berat badan seseorang, kecuali dengan amalan pemakanan dan senaman.

“Kita nasihatkan mereka yang ingin ambil ubat-ubat sedemikian, supaya minta nasihat doktor terlebih dahulu, kemudian pastikan ubat-ubat ini mesti sudah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

“Kalau sesuatu ubat pelangsing badan itu benar-benar berkesan, mereka tidak perlu khidmat jurujual. Golongan wanita yang ingin menguruskan badan tentu beratur untuk mendapatkannya,” tambah beliau.

Menjawab soalan pemberita beliau berkata, menggunakan ubat-ubatan seperti pil pelangsing badan merupakan salah satu daripada faktor peningkatan pesakit buah pinggang baru, menjangkau sehingga 2,500 pesakit setahun.

Bagaimanapun katanya, mereka yang menghidap penyakit kencing manis masih merupakan golongan terbesar yang menghidap sakit buah pinggang.

Pengamal perubatan tradisional perlu anggotai Lembaga Pengiklanan

BERNAMA

KUALA LUMPUR 11 Mac – Pengamal perubatan tradisional dan pelengkap yang berkelayakan perlu dilantik menganggotai Lembaga Pengiklanan Perubatan Kementerian Kesihatan untuk menasihati mereka dalam pengiklanan ubat-ubatan seperti itu.

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. Lee Yan San berkata, sungguhpun persatuan itu tidak menentang amalan perubatan tradisional dan pelengkap namun perlu ada kawalan ke atas perubatan itu yang perlu diamalkan secara ‘jujur serta beretika.’

“Sungguhpun terdapat undang-undang ketat yang menghalang pengiklanan ubat-ubatan yang tidak dikawal, pelaksanaan undang-undang itu tidak mencukupi dan dalam sesetengah kes ia tidak berkesan disebabkan kekurangan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau menyampaikan ceramah mengenai Media dan Kesihatan: Sains dalam Pengurusan Kanser dan Penyakit Kronik berasaskan Tanda-Tanda yang dianjurkan oleh Persatuan Onkologi Malaysia dan MMA di sini hari ini.

Yan San berkata, terdapat pengiklan tidak berprinsip yang seolah-olah mengelak diri daripada tiga pihak berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab memeriksa iklan sedemikian.

Bagaimanapun, lembaga itu mengharamkan pengiklanan produk terbabit untuk 20 penyakit termasuk kanser, hipertensi, diabetes, AIDS, penyakit hati dan penyakit buah pinggang, katanya.

“Harus ditegaskan bahawa Kementerian Kesihatan meluluskan perubatan tradisional hanya berdasarkan keselamatan dan kualiti bukan kemujarabannya,” katanya

Friday, February 23, 2007

Pil pelangsing, teh herba RM6j dirampas

Oleh Sazarina Shahrim
BH 23/2/2007

Ubat dari China antara produk tak berdaftar bernilai RM18j

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan merampas pelbagai produk kesihatan tidak berdaftar bernilai lebih RM18 juta, dengan hampir 40 peratus membabitkan sejenis pil pelangsing badan dari China, yang dikaitkan dengan kematian seorang suri rumah di Alor Star.

Rampasan ubat pelangsing dan teh herba bernilai RM6 juta itu dibuat dalam tempoh enam bulan, selepas Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan mengharamkan produk itu, Ogos lalu, kerana mengandungi racun berjadual Sibutramine.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Datuk Che Mohd Zin Che Awang, bagaimanapun kesal kerana syarikat jualan langsung yang memasarkan produk itu masih terus menjualnya secara terbuka.

Malah, katanya, peguam syarikat terbabit menghantar surat menuntut Kementerian Kesihatan menghentikan rampasan produk berkenaan.“Peguam kami sedang menguruskan perkara itu, tetapi tindakan mereka meneruskan penjualan ubat berkenaan keterlaluan kerana membahayakan nyawa orang ramai,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Pada 15 Februari lalu, seorang suri rumah, Normala Shahidan, 33, dari Kampung Gunung Keriang, Alor Star meninggal dunia selepas dua hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Alor Star, dipercayai akibat mengambil ubat pelangsing dan teh herba itu.Kematian ibu dua anak itu mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak yang mendesak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan lebih tegas bagi memastikan produk seumpama itu tidak memasuki pasaran.

Tinjauan Berita Harian sehingga minggu lalu, ubat itu masih terus dijual syarikat terbabit yang berpangkalan di Subang, Selangor, walaupun pendaftaran produk berkenaan dibatalkan sejak Ogos tahun lalu.

Ubat itu dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine yang boleh menyebabkan kesan serius terhadap tekanan darah serta kardiovaskular.

Che Mohd Zin berkata, kementerian sudah mengambil pelbagai langkah untuk mencegah produk tidak berdaftar dijual di pasaran, termasuk memperkenalkan pelekat keselamatan hologram pada kotak atau bungkusan ubat.“Ini memudahkan lagi kita mengesan produk yang tidak mendaftar serta mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit,” katanya.

Malah, katanya, rampasan pelbagai produk kesihatan tidak berdaftar bernilai lebih RM18 juta itu, meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Jabatan Kerajaan Penting Dalam Jualan Langsung

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
(National Pharmaceutical Control Bureau)
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jalan Universiti, P.O. Box 319,
46730 Petaling Jaya.
SELANGOR
Tel : 03 – 7957 3611
Faks : 03 – 7956 2924 / 7958 1312
Homepage : http://www.bpfk.gov.my

Bahagian Kawalan Mutu Makanan
(Food Quality Control Division)
Kementerian Kesihatan Malaysia,Aras 3,
Blok E7, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62518 PUTRAJAYA.
Tel : 03 – 8883 3558
Faks : 03 – 8889 3815 / 3341

Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
(Pharmaceutical Services Division)
Kementerian Kesihatan Malaysia,Beg Berkunci No. 924,
Pejabat Pos Jalan Sultan,
46790 Petaling Jaya
SELANGOR
Tel : 03 – 7968 2200
Faks : 03 – 7968 2222

Bahagian Amalan Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,Aras B, Blok E1, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62518 PUTRAJAYA.
Tel : 03 – 8883 1039
Faks : 03 – 8883 1040

Bahagian Penguatkuasa,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna,
Aras 3, Lot 2G3, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA.
Tel : 03 – 8882 6012 / 6009 / 5997 / 5998
Faks : 03 – 8882 6171

Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
Tingkat 11 – 17, Putra Place,100 Jalan Putra,
50622 KUALA LUMPUR.
Tel : 03 – 4043 3366
Faks : 03 – 4043 6031

Tribunal Tuntutan Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam NegeriDan Hal Ehwal Pengguna,
Aras 5, Lot 2G3, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA.
Tel : 03 – 8882 5822
Faks : 03 – 8882 5830
Bebas Toll: 1-800-88-9811

Persatuan Jualan Langsung Malaysia
(Direct Selling Association Of Malaysia – DSAM)
Unit 1702, Tingkat 17,Block A, Damansara Intan,
No. 1, Jalan SS 20/27,
47400 Petaling Jaya
SELANGOR
Tel : 03 – 7726 9232
Faks : 03 – 7726 9049
E-mail : dsam_my@tm.net.my

Persatuan Edaran Terus Malaysia
(Malaysia Direct Distribution Association – MDDA)
Lot 5.23, Tingkat 5, Plaza Prima,Batu 4 ½ , Jalan Kelang Lama,
58000 KUALA LUMPUR.
Tel : 03 – 7980 7602 / 7609
Faks : 03 – 7980 7609

Thursday, February 8, 2007

Boleh ancam nyawa

HARIAN METRO
08.02.07


KUALA LUMPUR: Penjualan pil dan majun yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah dilarang kerana dikhuatiri mengandungi bahan berbahaya yang boleh mendatangkan kesan sampingan.

Malah, sesetengah ubat yang didakwa boleh menggugurkan kandungan dan dijual secara terbuka di kedai ubat tradisional serta tabib Cina, dipercayai boleh mengancam nyawa pengguna.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa Farmasi KKM, Eishah Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai penjualan ubat yang tidak mempunyai sijil pengesahan pihak berkuasa dan sedang melakukan pemantauan terhadapnya.

Menurutnya, selain tidak disahkan, ubat terbabit dipercayai tidak selamat digunakan kerana kandungannya tidak diketahui.“Jika seseorang mengambil ubat yang tidak disahkan selamat oleh kementerian, mereka terdedah kepada pelbagai kesan sampingan seperti alahan dan penyakit yang boleh membahayakan kesihatan.

“Kami akan menyelidik pil serta majun menggugurkan kandungan itu dan melakukan siasatan terperinci terhadap peniaga yang didapati menjual ubatan tanpa pengesahan KKM,” katanya.

Beliau mengulas penjualan pil dan ubat tradisional berharga semurah RM3 sebutir yang didakwa mampu menggugurkan kandungan sehingga menjadi rebutan pasangan remaja yang terlanjur.

Menurutnya, peniaga dan pengedar ubat yang didapati melanggar undang-undang boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan) 2000 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

“Mereka juga boleh didakwa mengikut Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang sabit kesalahan pertama boleh didenda RM3,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Thursday, February 1, 2007

No Tel/Fax 03-92831029

Pembetulan No Tel/Fax.
Adalah dimaklumkan bahawa edaran hebahan menerusi e-mel terdapat kesilapan pada No Tel. No Tel/ Fax yang betul adalah 03-9283 1029.

Sunday, January 28, 2007

Jimat RM50.00

Kempen Pemilikan Buku
Cara Mudah Mendaftar Ubat Herba Tradisional di Malaysia.

Hanya sah untuk 100 pelanggan terawal. Pelanggan yang layak akan menerima cek bernilai RM50.00 bersama buku yang dipesan.

Sila muat turun borang di sini : MS Word atau PDF

Promosi ini bermula 19-1-2007 jam 1.00 pagi

[HARAP MAKLUM: Promosi ini telah tamat. Sebarang pesanan diterima selepas 22/2/2007 adalah berharga RM150.00 senaskah termasuk belanja pos.]

Monday, January 22, 2007

BERITA Ubat Tidak Berdaftar

HARIAN METRO
17.01.07

Gudang sorok ubat haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Siasatan terperinci terhadap lambakan ubat-ubatan haram yang dijual berleluasa di seluruh negara akhirnya membawa kepada pembongkaran sebuah gudang misteri di Jalan Ipoh di sini.

Gudang itu dijadikan lokasi menyimpan ribuan kotak ubat haram yang diseludup.Ubat-ubatan haram terbabit yang dibawa masuk melalui pelabuhan disorokkan dalam gudang berkenaan bersebelahan kilang getah dan tepung.

Ternyata usaha berterusan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmaseutikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya berjaya menghidu lokasi gudang empat tingkat berkenaan, sekali gus merampas pelbagai jenis ubat-ubatan yang dianggar bernilai hampir RM500,000, pagi semalam.

Operasi diketuai Ketua Penolong Pengarah Farmasi, Ahmad Nozrin Tahirin bersama lebih 20 anggota dari Bahagian Penguat kuasa Farmaseutikal dan cawangan Penguat kuasa Farmasi Wilayah Persekutuan.

Nozrin berkata, gudang usang terbabit yang diawasi beberapa pekerja diserbu jam 11.30 pagi selepas siasatan rapi dilakukan.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya melakukan beberapa serbuan di seluruh negara, terutama kedai ubat tradisional, khususnya di luar bandar untuk merampas pelbagai ubat-ubatan haram.

“Berikutan itu, Bahagian Penguat Kuasa Farmaseutikal cuba mengesan dalang yang membawa masuk ubat terbabit sebelum mengedarkannya di pasaran tempatan.

“Hasilnya, gudang ini ditemui bersama ratusan kotak ubat haram yang sedia untuk diedarkan,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati lebih 13 jenis ubat-ubatan yang disimpan di situ tidak pernah didaftarkan dengan KKM.

“Kebanyakan ubat tradisional itu yang diimport dari China tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan dikesan mengandungi steroid dan pelbagai kimia berbahaya lain yang belum dikenal pasti.

“Pemeriksaan turut mendapati ubat-ubatan itu disimpan bersama ratusan tin daging babi dan pelbagai makanan yang turut diimport dari China untuk pasaran tempatan,” katanya.

Sumber kementerian pula berkata, hasil pemeriksaan mendapati 13 jenis ubat didapati tidak berdaftar dan diragui kandungannya termasuk Bird Nest, Chi Sing Char, Shuangliao, Fish Oil, Chinese Garlic Tablet, Ginseng Extract dan pelbagai produk tradisional dalam bahasa Kantonis.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa farmasi turut menemui beberapa kertas pelekat nombor pendaftaran palsu digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Malah, ada antara produk yang dirampas didapati menggunakan nombor pendaftaran MAL palsu.

“Kami percaya operasi rampasan ini yang terbesar dilakukan Bahagian Penguat kuasa Farmaseutika pada tahun ini,” katanya.

Tindakan menyimpan dan mengedar ubat-ubatan tidak berdaftar boleh didakwa mengikut Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan pemilik syarikat boleh didenda sehingga RM50,000.

Berikutan itu, semua ubat terbabit dirampas sebelum dihantar ke ibu pejabat Farmasi Jabatan Kesihatan, Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Thursday, January 18, 2007

Bayaran secara ONLINE

Bayaran boleh dilakukan secara ONLINE di
https://www.cimbclicks.com.my sekiranya Tuan/ Puan mempunyai akaun dengan CIMB BANK dan telah mendaftar untuk INTERNET BANKING. No akaun SUPER SONIC RESOURCES : 1437-000-361-5058

Sunday, January 14, 2007

Nama Saintifik Pokok Herba

Dimanakah boleh diperoleh sumber rujukan yang lengkap bagi penamaan saintifik semua pokok herba yang terdapat di Malaysia?

Saturday, January 13, 2007

Isi Kandungan | Cara Mudah Mendaftar Ubat Herba Tradisional di Malaysia

Prakata
Ubat Herba Tradisional di Malaysia
Bab 1: Pendaftaran Ubat Herba Tradisional di Malaysia
a. Pengenalan
b. Takrif Produk Tradisional
c. Contoh Ubat Herba Tradisional Yang Perlu Didaftarkan
d. Contoh Ubat Herba Tradisional Yang Tidak Perlu Didaftarkan
e. Prosedur Untuk Pemprosesan Permohonan Baru Pendaftaran Ubat Herba Tradisional
i. Jenis Permohonan
ii. Data Yang Diperlukan
iii. Permohonan Secara Manual

f. Pemohon Pendaftaran
g. Tanggungjawab Pemegang Perakuan Pendaftaran (Pemohon)
h. Bayaran Permohonan
i. Fi pemprosesan
ii. Caj lain
iii. Cara pembayaran


i. Bahasa Digunakan
j. Surat Perakuan Dan Sijil Yang Sah Disertakan Bersama Permohonan
k. Proses Permohonan
i. Semakan Awal
ii. ‘Stop Clock’

l. Regulatori
i. Keputusan oleh PBKD
ii. Nombor Pendaftaran Produk
iii. Sijil Pendaftaran Produk
iv. Penolakan Pembatalan Penggantungan Pendaftaran
v. Rayuan Ke atas Keputusan PBKD
vi. Keputusan Menteri
vii. Syarat Pendaftaran
viii. Jangka Masa Sah Pendaftaran


m. Perubahan Dan Pindaan Bagi Butiran Produk Berdaftar
n. Melaporkan Masalah Produk Berdaftar
i. Kesan Sampingan Produk
ii. Surveilans Pasaran Produk Berdaftar
iii. Aduan Produk
iv. Panggil Balik Produk

o. Pembatalan Pendaftaran Produk Oleh Pemegang Perakuan Pendaftaran
p. Pertukaran Pemegang Perakuan Pendaftaran Produk Berdaftar
q. Pertukaran Tapak Pengilangan
r. Maklumat Lain
i. Kriteria Untuk Pendaftaran
ii. Produk Untuk Eksport

s. Penggunaan Logo HALAL
t. Penambahan Indikasi Baru
u. Keluaran Di Bawah Paten

Bab 2: Permohonan Pendaftaran Ubat Herba Tradisional (Baru)
Bahagian I:
a. Langkah 1
i. Nama keluaran
ii. Bentuk dos
iii. Nama bahan
iv. Bahan eksipien
v. Sumber gelatin daripada khinzir
vi. Pengilang
vii. Klasifikasi keluaran
viii. Adakah keluaran sebagai sumber kedua.

b. Langkah 2
ix. Seksyen A : Butiran Produk
x. Seksyen B : Formula Produk
xi. Seksyen C : Butiran Pembungkusan
xii. Seksyen D : Label
xiii. Seksyen E : Maklumat pengilang/ pngimport/ pembungkusan semula/ pemilik keluaran/ alamat stor
xiv. Seksyen F : Dokumen Tambahan

Bab 3: Permohonan Sijil Digital - Digicert
Bab 4: Penyerahan Sampel Ke Pusat Kawalan Kualiti Bagi Tujuan Pengujian Produk
Bab 5: Keperluan Pelabelan Spesifik
Bab 6: Syarat Pelabelan Lain
Bab 7: Keperluan Dan Syarat Pelabelan Dalam Produk Tradisional
Bab 8: Label Keselamatan Hologram MEDITAG
Bab 9: Penamaan Tumbuhan Herba
Bab 10: Contoh Pengiraan Saiz Kelompok Pengilangan (Batch Size)


Lampiran

a. Borang Lengkap
b. Bahagian Tumbuhan
c. Penyakit Yang Dilarang Pengiklanannya
d. Contoh Spesifikasi Produk
i. Kapsul
ii.Pil
iii. Tablet

iv. Serbuk
v. Cecair Eksternal


e. Botani Mengandungi Asid Aristolochic Atau Disyaki Mengandungi
Asid Aristolochic
f. Botani Yang Mungkin Dicemar Asid Aristolochic
g.Botani (Bahan Botani) Mengandungi Racun Berjadual
h.Botani (Bahan Botani) Yang Dilarang
i. Panduan Bergambar Pendaftaran Produk Herba Tradisional Dalam Sistem Pendaftaran Dalam Talian (Online) Quest2
j. Prosedur Ringkas Panggil Balik Produk Daripada Pasaran [ENGLISH]
k.Binatang Yang Diperlindungi
l. Manufacturing Process and IPQC During Production – Capsule
m. Indikasi Yang Biasa Dibenarkan Dalam Persediaan Tradisional
n. Contoh Bahan Eksipen Dalam Ubat Herba Tradisional
o. Had Kegunaan Camphor Dan Menthol
p. Pengiraan Kepekatan Ubat Herba Tradisional Dalam Bentuk Cecair

Hubungi kami

Super Sonic Resources
No. 11, Jalan Kepah,
Off Jalan Kg. Pandan,
55100 Kuala Lumpur.


Untuk pertanyaan atau pesanan sila e-mel: ssradmin@gmail.com atau taip [pesan] [nama penuh] hantar ke 012-3499030

Laman web http://ssradmin.blogspot.com

Pelawaan

Tuan/ Puan,

Bakal pelanggan yang dihargai,

Jangan lepaskan peluang memiliki buku terhebat yang belum pernah diterbitkan sebelum ini. Julung-julung kalinya buku seumpama ini dipasarkan sebagai satu sumber khazanah pengenalan serta rujukan secara ekspres dan komprehensif kepada semua pembaca khususnya kepada pengusaha dan pengguna ubat herba tradisional.

Buku ini diterbitkan berdasarkan rujukan dan pengamatan ke atas perkembangan perundangan dan penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas ubat herba tradisional di Malaysia.

Antara keistimewaan buku ini untuk dimiliki adalah kerana,

Penggunaan Bahasa Malaysia secara menyeluruh dalam buku ini dapat menjamin kefahaman kepada pembaca, pengusaha dan pengguna ubat-ubatan tradisional yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

Menghimpunkan pelbagai maklumat penting yang sering dipersoalkan semasa proses mendaftar ubat herba tradisional dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

Mengupas secara ringkas bagi setiap keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan para pengusaha mematuhi keperluan yang ditetapkan dengan mudah

Di pos secara PERCUMA kepada para pelanggan tanpa sebarang tambahan kos

Dengan adanya buku seumpama ini akan memberikan satu daya dan semangat kepada semua pengusaha untuk patuh dan akur bagi mendaftarkan ubat herba tradisional masing-masing.


Sekian, terima kasih.


SUPER SONIC RESOURCES
Kuala Lumpur